Hamas sedia bebaskan 70 tebusan Israel, mahu gencatan senjata lima hari - Utusan Malaysia

Hamas sedia bebaskan 70 tebusan Israel, mahu gencatan senjata lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas memberitahu kepada perunding Qatar bahawa mereka bersedia membebaskan sejumlah tebusan melibatkan 70 wanita dan kanak-kanak.

Sebagai balasan, Hamas mahu gencatan senjata dilaksanakan selama lima hari.

“Pada minggu lepas, Qatar berusaha berunding dengan Hamas bagi membebaskan tebusan yang ditahan.

“Qatar menyatakan jika kami bebaskan tebusan, 200 tahanan Palestin yang terdiri daripada kanak-kanak dan 75 wanita yang ditahan di Israel juga akan dibebaskan,” kata jurucakap Briged al-Qassam, Abu Ubaida.

Beliau juga menegaskan, gencatan senjata selama lima hari perlu dilakukan bagi membolehkan kesemua tebusan dan tahanan Palestin kembali ke tempat masing-masing, selain membenarkan bantuan masuk sepenuhnya ke Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya