Hamas janji bebaskan tahanan asing

Gaza terkini: Hamas janji bebaskan tahanan asing

WARIS tebusan yang ditahan Hamas memegang gambar ahli keluarga mereka semasa pertemuan di Perhimpunan Kebangsaan Perancis di Paris.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas memaklumkan akan membebaskan beberapa tebusan warga asing dari Gaza dalam tempoh terdekat.

Jurucakap Briged Qassam, Abu Obeida mengumumkan keputusan itu dalam ucapan menerusi video di mana beliau turut berjanji untuk menjadikan Gaza sebagai ‘kubur’ untuk tentera Israel berikutan peningkatan operasi darat rejim Zionis.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bilangan tahanan yang akan dibebaskan atau kewarganegaraan mereka.

Abu turut menafikan kenyataan Israel berjaya membebaskan tebusan ditahan Hamas yang dipercayai ditempatkan dalam terowong bawah tanah di serata Semenanjung Gaza.

Sebaliknya, tambah beliau, jumlah besar tahanan kini berada di bawah kawalan individu dan beberapa kumpulan berbeza.

Lebih 230 orang termasuk anggota tentera Israel dan orang awam, serta warga asing dari pelbagai negara dilaporkan ditawan oleh Hamas dan kumpulan bersenjata Palestin yang lain semasa serangan maut ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Lima tebusan sudah dibebaskan selepas rundingan melalui saluran diplomatik dengan bantuan dari negara-negara luar termasuk Qatar dan Mesir.

Seorang tebusan didakwa dibebaskan melalui serbuan darat oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza Isnin lalu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya