Gunung berapi Iceland keluar lahar berminggu-minggu

Gunung berapi Iceland keluar lahar berminggu-minggu

JALAN raya ditutup akibat retakan besar berikutan gegaran gempa bumi di tengah-tengah peningkatan aktiviti seismik dan gunung berapi. - REUTERS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REYKJAVIK: Seorang pakar memberi amaran gunung berapi yang terletak di Semenanjung Reykjanes, Iceland mampu mengeluarkan lahar ‘selama berminggu-minggu’.

Amaran itu dibuat ketika kebimbangan semakin meningkat letusan gunung berapi mungkin berlaku.

Lapor Daily Mail, gunung berapi Fagradalsfjall berisiko ‘melenyapkan’ bandar Grindavik jika meletus kuat.

Kira-kira 4,000 penduduk berjaya dipindahkan dari kediaman mereka selepas darurat diisytiharkan baru-baru ini.

Ketua Perlindungan Awam dan Pengurusan Situasi Kecemasan Iceland, Vidir Reynisson memaklumkan pihaknya amat bimbang mengenai keadaan semua kediaman dan infrastruktur terdapat di kawasan itu.

“Ketika ini, magma berada pada kedalaman sangat cetek. Jadi, kami menjangkakan letusan akan berlaku dalam masa beberapa jam paling singkat tetapi sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa hari,” katanya.

Dilaporkan, magma terkumpul kira-kira 4.82 kilometer (km) di bawah bandar itu.

Malah, pakar mengesahkan laluan sepanjang 14km dibangunkan di bawahnya, dengan letusan mungkin berlaku di mana-mana sepanjang tempoh itu.

Sekurang-kurangnya 2,800 gegaran gempa bumi direkodkan di wilayah di barat laut Grindavik, semuanya berukuran bawah 3.0 magnitud.

Tambah Reynisson, senario paling mungkin berlaku adalah rekahan terbuka sehingga menyebabkan letusan di sekitar Grindavik.

Jumaat lalu, Iceland mengisytiharkan darurat selepas beberapa siri gempa bumi mencetuskan kebimbangan berlakunya letusan gunung berapi.

Sehubungan itu, pihak berkuasa mengarahkan ribuan penduduk yang tinggal di bandar barat daya Grindavik untuk berpindah sebagai langkah berjaga-jaga.

Beribu-ribu gegaran direkodkan di sekitar gunung berapi Fagradalsfjall sejak beberapa minggu lalu.

Kawasan tersebut dilaporkan kekal tidak aktif kepada aktiviti gunung berapi selama 800 tahun sebelum letusan tercetus pada 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya