Google padam jutaan akaun Gmail tidak aktif

Google padam jutaan akaun Gmail tidak aktif

UTAAN akaun Gmail berisiko dipadamkan secara kekal bermula bulan Disember ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Berjuta-juta akaun Gmail akan dipadamkan mulai bulan depan, ketika syarikat Google mengubah peraturannya mengenai akaun pengguna yang tidak aktif.

Dalam tempoh tiga minggu lagi, mana-mana akaun Gmail yang tidak digunakan selama lebih dua tahun akan dipadamkan.

Akaun Google Drive, Meet, Docs, Calender dan Google Photo juga akan dipadam bersama semua kandungannya, sekiranya kekal tidak aktif baru-baru ini.

Akaun berisiko untuk dipadamkan akan menerima notis pemberitahuan beberapa kali sebelum penyingkiran itu dilaksanakan.

Menurut syarikat Google, perubahan itu amat diperlukan untuk mengurangkan risiko akaun tidak aktif dirampas oleh penjenayah dan disalah guna untuk tujuan spam atau kandungan berniat jahat lain.

Pemadaman akaun tidak aktif itu pertama kali diumumkan pada Mei lalu.

Ia akan bermula dengan akaun yang dicipta dan kemudian tidak pernah digunakan lagi, sepertimana diguna untuk mengakses percubaan percuma.

“Sekiranya pengguna bimbang akaun mereka mungkin akan tamat tempoh, apa yang perlu dilakukan adalah memastikan akaun itu aktif dengan log masuk setiap dua tahun sekali,” jelas laporan.

Sementara itu, Google memaklumkan aktiviti seperti membaca emel, menonton video YouTube atau menggunakan carian Google sudah memadai untuk mengelak akaun dipadamkan.

“Sekiranya pengguna menyimpan gambar pada akaun Google Photo, maka mereka perlu log masuk ke perkhidmatan secara berasingan untuk mengelakkan foto dipadamkan secara kekal.

“Pengguna yang mengekalkan langganan aktif untuk perkhidmatan seperti penerbitan berita atau aplikasi melalui akaun Gmail mereka juga tidak akan menghadapi pemadaman.

“Akaun yang mempunyai video dimuat naik ke YouTube juga akan disimpan, manakala perubahan itu tidak menjejaskan akaun perniagaan dan sekolah,” jelas laporan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya