Gencatan senjata sementara di Gaza tidak cukup, perlu dikekalkan - PM Sepanyol

Gencatan senjata sementara di Gaza tidak cukup, perlu dikekalkan – PM Sepanyol

PERDANA Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez (kiri) dan Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo (kanan) mengadakan sidang akhbar di lintasan Rafah di Mesir. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAFAH: Sepanyol menegaskan gencatan senjata sementara di Gaza tidak mencukupi, malah perlu dikekalkan demi keselamatan penduduk Palestin di wilayah tersebut.

Perkara itu disampaikan Perdana Menteri Pedro Sanchez yang mengunjungi lintasan Rafah di Mesir, selain beliau turut menggesa pembebasan semua tebusan bagi menghentikan konflik.

“Gencatan senjata ini sememangnya ditunggu oleh semua pihak di seluruh dunia, namun empat hari sahaja tidak mencukupi.

“Saya berpandangan, satu dunia mahukan gencatan senjata yang lebih lama, atau lebih baik, bersifat kekal di Gaza, kita tidak mahu menyaksikan lebih ramai penduduk tidak berdosa menjadi mangsa,” katanya.

Selain itu, Sanchez juga lantang mengutuk serangan Israel dalam operasi ketenteraannya di Gaza.

Katanya, biarpun Israel memberi alasan sebagai mempertahankan wilayahnya, namun jumlah korban di Gaza tidak menggambarkan tujuan sebenar Israel.

Dalam pada itu, Sanchez menekankan sudah tiba masanya Kesatuan Eropah (EU) mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

“Jika EU enggan mengiktiraf Palestin, maka Sepanyol tidak teragak-agak untuk mengiktiraf kedaulatan Palestin.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden juga berharap gencatan senjata yang dilaksanakan dapat dilanjutkan melebihi empat hari.

Katanya, gencatan senjata lebih lama membolehkan lebih ramai tebusan dan tahanan Palestin dibebaskan.

Sebelum ini, Hamas bersetuju membebaskan seramai 50 tebusan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya