GAZA: Jurucakap Kementerian Luar Qatar mengesahkan gencatan senjata sementara antara Israel dan Hamas akan berkuat kuasa hari ini pukul 7 pagi (waktu tempatan) atau kira-kira 1 tengah hari waktu Malaysia.
Gencatan senjata sementara itu akan dikenakan di utara dan selatan Semenanjung Gaza dengan kumpulan pertama 13 tebusan Israel dijangka akan dibebaskan pada pukul 4 petang (waktu tempatan).
Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Daniel Hagari berkata, saudara-mara kepada tebusan terdiri daripada wanita dan kanak-kanak yang dipilih untuk dibebaskan sudah dimaklumkan dan tentera Israel akan ditempatkan di garisan gencatan senjata apabila jeda pertempuran bermula.
Bagaimanapun Hagari berkata, memberi amaran mungkin terdapat perkembangan yang tidak dijangka di tengah-tengah gencatan senjata.
Hagari malah mendakwa menguasai utara Gaza adalah peringkat pertama perang yang panjang dan sedang bersiap sedia untuk peringkat yang akan datang.-AGENSI