Genap sebulan perang Palestin-Israel, angka korban lebih 10,000 orang - Utusan Malaysia

Genap sebulan perang Palestin-Israel, angka korban lebih 10,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMENANJUNG GAZA: Angka kematian akibat serangan tentera penceroboh Israel di Gaza kini melebihi 10,000 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Dalam satu sidang media, Jurucakap Kementerian Kesihatan Ashraf al-Qudra berkata tentera Israel membunuh 10,022 orang dan mencederakan lebih 25,000 yang lain.

Beliau berkata, jumlah korban itu, termasuk 4,104 kanak-kanak dan 2,641 wanita.

Kementerian Kesihatan turut menerima laporan sejumlah kira-kira 2,350 lagi hilang, termasuk kira-kira 1,300 kanak-kanak.

Tentera Israel meneruskan serangan sengit dengan menyasarkan pejuang Palestin di Gaza ketika perang menghampiri sebulan.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pula berikrar tidak akan berhenti walaupun antarabangsa mendesak untuk gencatan senjata.

Dilaporkan tentera darat dengan kereta kebal kini membanjiri separuh utara Semenanjung Gaza dan mengetatkan pengepungan Kota Gaza, namun ratusan ribu orang awam kekal di utara walaupun digesa Israel untuk berpindah.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lebih 200 orang maut dalam serangan semalam, sehari selepas melaporkan jumlah kematian lebih 9,770, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya