Gempa bumi 7.1 magnitud landa Laut Banda, Indonesia

Gempa bumi 7.1 magnitud landa Laut Banda, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 7.1 magnitud melanda Laut Banda di Indonesia, hari ini.

Bagaimanapun, Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGC) memaklumkan tiada laporan segera mengenai kerosakan mahupun kemalangan jiwa berlaku.

Menurut USGC, tiada amaran tsunami dikeluarkan untuk gempa bumi itu yang pada mulanya berukuran 6.9 magnitud.

Dilaporkan, gempa bumi itu berlaku pada pukul 11.53 pagi (wktu tempatan).

Sementara itu, Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik Indonesia (BMKG), gegaran itu dirasai di bandar Saumlaki, Kepulauan Tanimbar.

Indonesia sering dilanda gempa bumi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik.

Pada November tahun lalu, gempa bumi berukuran 5.6 magnitud melanda wilayah Jawa Barat yang ramai penduduk di pulau utama negara itu, sehingga mengakibatkan 602 orang terbunuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya