Gaza terkini: Tiada gencatan senjata, Israel dakwa sudah kepung Bandar Gaza

Gaza terkini: Tiada gencatan senjata, Israel dakwa sudah kepung Bandar Gaza

gaza terkini
Gambar yang diambil dari sempadan Israel dengan Gaza pada 2 November 2023, menunjukkan pengeboman Israel di atas Gaza, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan pergerakan Hamas Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel mendakwa tentera mereka telah menyelesaikan “pengepungan” ke atas Bandar Gaza, dengan seorang jurucakapnya berkata istilah gencatan senjata tidak wujud sama sekali.

Itu berlaku ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken menuju ke Israel, di mana dia dijangka mendesak diberhentikan sementara serangan untuk membenarkan rundingan tawanan dan penghantaran bantuan.

Wartawan Aljazeera di Gaza mengatakan bahawa beribu-ribu orang awam kekal di Bandar Gaza, dengan beberapa cuba melarikan diri ke selatan walaupun tentera Israel menekan masuk ke bandar itu, menjadikan perjalanan keluar dari bandar terbesar Gaza itu berbahaya.

Seorang doktor di Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza menyifatkan keadaan di sana sebagai “melampaui malapetaka”.

Kementerian Kesihatan Palestin berkata 16 daripada 35 hospital di Gaza tidak beroperasi.

Seorang pegawai tentera Israel berkata bahawa bahan api boleh dibenarkan masuk ke dalam kawasan yang dikepung, tetapi pejabat perdana menteri zionis telah menjawab bahawa tidak ada perbincangan mengenai perkara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN