Gaza terkini: Pengeboman di Jabalia ragut tujuh nyawa tebusan Israel - Utusan Malaysia

Gaza terkini: Pengeboman di Jabalia ragut tujuh nyawa tebusan Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Pejuang Hamas memaklumkan, sebanyak tujuh tebusan Israel terbunuh dalam pengeboman di kem pelarian yang sesak Jabalia di utara Semenanjung Gaza.

Menurut kenyataan Hamas, tiga daripada tebusan tersebut merupakan pemegang pasport antarabangsa.

Bagaimanapun, Hamas tidak memberikan butiran mangsa.

Serangan Israel ke atas kem Jabalia pada Selasa merupakan keganasan baharu rejim Zionis menyasarkan orang awam di Gaza.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sebelum ini berkata, serangan tersebut membunuh komander Hamas, Ibrahim Biari yang dikaitkan dengan serangan di sempadan Israel-Gaza pada 7 Oktober lalu.

Ia menambah bahawa infrastruktur tentera bawah tanah Hamas di bawah bangunan di kem Jabalia runtuh dan ramai pejuang Hamas terbunuh.

Israel sebelum ini memaksa penduduk di utara Gaza termasuk di kem Jabalia berpindah ke selatan ketika ia meningkatkan serangan darat dan udara di wilayah yang dikepung itu.

Rejim Zionis turut mengisytiharkan penduduk yang enggan berpindah sebagai berkomplot dengan Hamas dan berpotensi dibunuh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya