Gaza terkini: Lebih 50 terbunuh Israel bedil kem pelarian Jabalia

Gaza terkini: Lebih 50 terbunuh Israel bedil kem pelarian Jabalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Berpuluh-puluh rakyat Palestin terbunuh dalam satu letupan di kem pelarian di Semenanjung Gaza.

Pengarah Hospital Indonesia Gaza memberitahu Al Jazeera bahawa lebih 50 rakyat Palestin terbunuh dan 150 cedera dalam serangan udara di kawasan berpenduduk padat di kem pelarian Jabalia di utara Gaza.

Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas menyalahkan Isreal atas serangan itu, manakala tentera Israel masih belum mengulas mengenai letupan itu.

Sementara itu, jurucakap Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), James Elder memberi amaran tentang risiko kematian bayi akibat dehidrasi.

“Kanak-kanak di Gaza semakin sakit akibat minum air masin,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya