Gaza terkini: Israel mengaku serang Jabalia, dakwa sasar kubu

Gaza terkini: Israel mengaku serang Jabalia, dakwa sasar kubu bawah tanah Hamas

gaza terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF), Jonathan Conricus memaklumkan butiran lanjut mengenai serangan ke atas Jabalia di Semenanjung Gaza.

Beliau berkata, serangan dibuat menyasarkan Komander Batalion Kanan Hamas, Ibrahim Biari.

Conricus mendakwa berpuluh-puluh pejuang Hamas terbunuh dalam kompleks terowong bawah tanah yang luas dari tempat Ibrahim mengarahkan operasi.

Beliau berkata, IDF menyerang di antara bangunan, menyasarkan kompleks terowong di bawahnya.

“Serangan itu melibatkan lebih daripada satu bom.

“Runtuhan terowong menyebabkan bangunan di sekitarnya runtuh. Ini tidak boleh dielakkan.

“IDF sedang meneliti laporan kerosakan dan korban nyawa orang awam yang bukan sasaran tentera,” katanya.

Conricus mendakwa utara Gaza adalah kubu kuat Hamas.

Menurut agensi berita Palestin Wafa, lapan orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas serangan udara Israel memusnahkan sebuah bangunan kediaman di barat Jabalia di Gaza.

Beberapa orang turut terbunuh dalam serangan berasingan di kem pelarian al-Nuseirat di tengah Gaza, yang memusnahkan bangunan kediaman berhampiran Masjid al-Dawa.

Puluhan kumpulan hak asasi manusia mengecam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia dan menegaskan serangan udara yang membawa maut itu harus menjadi petanda kepada pemimpin dunia untuk mendapatkan gencatan senjata di Gaza.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN