TEGUCIGALPA, Honduras: Honduras menjadi negara Amerika latin terbaharu memanggil pulang dutanya dari Israel sebagai protes terhadap kekejaman Zionis di Gaza.
Menteri Luar Honduras, Eduardo Enrique Reina berkata, tindakan itu diarahkan oleh presiden Xiomara Castro selepas keadaan di Gaza menjadi semakin teruk.
“Kita tidak boleh lihat tentera Israel terus membunuh penduduk tidak berdosa di Gaza.
“Semua kekejaman ini perlu ditamatkan segera dan buat masa ini, Honduras memang tidak bersetuju dan tidak menyokong Israel,” katanya.
Terdahulu, beberapa negara Amerika Latin yang mengambil langkah serupa adalah Bolivia, Chile dan Colombia.