Gangguan bekalan elektrik di hospital Al-Shifa: 24 pesakit maut

Gangguan bekalan elektrik di hospital Al-Shifa: 24 pesakit maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan sekurang-kurangnya 24 pesakit maut dalam tempoh dua hari di hospital Al-Shifa akibat bekalan elektrik terputus.

Situasi itu berlaku ketika tentera Israel menyerbu kemudahan berkenaan untuk mencari tempat persembunyian kumpulan pejuang Hamas.

“Seramai 24 pesakit yang berada di wad unit berbeza meninggal dunia dalam tempoh 48 jam lalu kerana peralatan penting berhenti berfungsi disebabkan bekalan elektrik terputus,” kata jurucakap kementerian, Ashraf al-Qudra.

Isnin lalu, kementerian memaklumkan sekurang-kurangnya 27 pesakit di wad unit rawatan rapi dan tujuh bayi meninggal dunia ketika hospital terbesar di Gaza itu kehabisan bahan api untuk mengendalikan penjanaan elektriknya.

Kemudahan kesihatan itu menjadi tumpuan konflik Israel-Hamas, dengan rejim zionis itu mendakwa kumpulan pejuang tersebut menggunakan terowong di bawah bangunan hospital terbabit untuk melancarkan serangan.

Bagaimanapun, Hamas menafikan dakwaan berkenaan.

Sementara itu, menurut kementerian kesihatan, serbuan dilakukan tentera Israel memusnahkan perkhidmatan perubatan di hospital berkenaan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan seramai 2,300 pesakit, kakitangan dan penduduk Palestin berlindung di hospital itu sebelum tentera Israel menyerbu kemudahan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya