Duta Israel berang UNSC enggan kutuk serangan Hamas

Duta Israel berang UNSC enggan kutuk serangan Hamas

DUTA Israel ke PBB, Gilad Erdan memakai lencana kuning pada bahagian kiri bajunya sebagai protes selepas UNSC enggan kutuk serangan Hamas di wilayah itu pada 7 Oktober lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memakai lencana kuning pada bahagian kiri bajunya sebagai tanda protes terhadap keengganan Majlis Keselamatan PBB (UNSC) mengutuk serangan Hamas di Israel pada 7 Oktober lalu.

Gilad Erdan berkata, beliau akan memakai lencana itu sehinggalah UNSC ‘mengiktiraf serangan Hamas sebagai keganasan’.

“Sesetengah daripada anda tidak belajar apa-apa dalam tempoh 80 tahun lalu. Sesetengah daripada anda sudah lupa kenapa UNSC ini ditubuhkan.

“Kenapa sehingga kini UNSC masih berdiam diri terhadap serangan yang dilakukan Hamas di Israel pada 7 Oktober lalu?,” soalnya.

Sehingga kini, 15 negara anggota dalam UNSC masih belum mencapai sebarang resolusi berhubung konflik Palestin-Israel.

“Jadi, saya akan ingatkan anda semua. Bermula saat ini, setiap kali anda melihat saya, anda akan ingat apa itu mendiamkan diri mengenai perkara jahat.

“Pasukan saya dan saya sendiri akan terus pakai lencana kuning ini sehingga UNSC ‘sedar dan tahu’ apa yang dilakukan Hamas itu adalah serangan pengganas,” kata Erdan.

Sebelum ini, penduduk Yahudi dipaksa oleh Nazi untuk memakai lencana kuning sebagai sokongan kepada pertubuhan tersebut.

Namun, Erdan menyifatkan lencana kuning itu ketika ini dilihat sebagai ‘simbol kebanggaan’.

Selama empat minggu UNSC tidak dapat mencapai kata putus mengenai konflik yang berlaku.

Ada cadangan yang dibantah oleh Amerika Syarikat (AS) yang merupakan sekutu kuat Israel hanya kerana cadangan itu tidak menyatakan hak Zionis untuk mempertahankan diri.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada Jumaat lalu mengundi untuk melaksanakan gencatan senjata dan tidak menyatakan Hamas sebagai pengganas.

Resolusi itu dibantah oleh AS dan 12 negara lain termasuk Israel. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya