Ditahan Israel sejak usia 16 tahun, Marah Bkeer akhirnya bebas selepas 8 tahun dipenjara - Utusan Malaysia

Ditahan Israel sejak usia 16 tahun, Marah Bkeer akhirnya bebas selepas 8 tahun dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Selepas lapan tahun dalam penjara, tahanan Palestin berusia 24 tahun, Marah Bkeer akhirnya menjadi tahanan pertama yang dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas.

Tidak dapat menahan sebak, ibu kepada Bkeer, Sawsan terus memeluk anak perempuannya yang mula ditahan pada usia 16 tahun.

Marah berkata sebaik serangan Hamas pada 7 Oktober, dia telah diasingkan dari banduan lain dan dipenjarakan sendirian.

Dia terkejut apabila akhirnya mengetahui tentang perjanjian pertukaran tahanan berkenaan.

“Isu dikurung bersendirian adalah perkara yang besar, terutamanya (pihak berkuasa penjara) memisahkan saya daripada gadis lain di sel, dan saya tidak tahu apa yang berlaku di sel kami, terutamanya sebagai tahanan wanita Palestin.

“Tetapi pada masa yang sama apabila orang itu beriman kepada Allah, semuanya menjadi lebih mudah, dan Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

“Berita mengenai perjanjian itu benar-benar mengejutkan kami, memang benar bahawa perjanjian sudah dijangka, tetapi tidak dalam keadaan sedemikian, dan saya tidak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku di luar, tentang apa yang berlaku di Gaza,” katanya.

Marah adalah antara yang tahanan pertama dibebaskan dari penjara Israel bersama 39 banduan lain yang merupakan 24 wanita dan 15 remaja lelaki.

Pembebasan itu dipersetujui sebagai antara syarat di bawah perjanjian gencatan senjata Israel-Hamas selama empat hari.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya