Dana EU tidak disalurkan kepada Hamas

Dana EU tidak disalurkan kepada Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) akan terus menyumbang sejumlah besar bantuan kewangan kepada rakyat Palestin selepas siasatan mendapati dana berkenaan tidak disalurkan kepada kumpulan pejuang Hamas.

Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Eksekutif Suruhanjaya Eropah, Valdis Dombrovskis kepada pemberita di Strasbourg, Perancis.

Satu siasatan berhubung penggunaan bantuan pembangunan bernilai ratusan juta euro yang bertujuan membantu rakyat Palestin menangani kemiskinan, diumumkan pada 9 Oktober lalu, dua hari selepas Hamas melancarkan serangan mengejut ke selatan Israel.

“Siasatan itu mendapati tiada tanda-tanda dana EU sama ada secara langsung atau tidak langsung menguntungkan organisasi kumpulan pejuang Hamas,” kata Dombrovskis.

Negara-negara EU sudah lama tidak sehaluan berhubung isu membabitkan Israel dan Palestin tetapi konflik di Gaza memburukkan lagi keadaan itu.

Malah, beberapa negara secara unilateral turut menggantung bantuan atas alasan serangan Hamas pada 7 Oktober lalu.

Dana EU itu memberi peluang untuk mencapai kejayaan politik, selain meningkatkan tekanan bagi menjalankan siasatan.

Siasatan itu, yang tidak tertumpu pada bantuan kemanusiaan kecemasan, juga bertujuan menentukan sama ada wang tersebut digunakan untuk mencetuskan kebencian atau anti-semitisme.

Dilaporkan, 27 negara anggota EU itu merupakan penyumbang bantuan terbesar dunia kepada rakyat Palestin.

Hampir 1.2 bilion euro (RM6.1 bilion) diperuntukkan untuk tahun 2021-2024.

Dalam pada itu, Suruhanjaya Eropah memaklumkan pihaknya sudah meneliti lebih 100 projek bernilai kira-kira 331 juta euro (RM1.68 bilion).

Jelasnya, sebanyak 88 peratus daripada kontrak tersebut disahkan memanfaatkan rakyat Palestin tanpa sebarang keraguan.

“Bagaimanapun, kami sedang mendapatkan maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakan kongsi mengenai bagaimana baki 12 peratus itu dikendalikan,” katanya. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya