China luaskan tindakan tutup masjid di wilayah lain

China luaskan tindakan tutup masjid di wilayah lain

JEMAAH etnik minoriti Hui meninggalkan masjid selepas menunaikan solat di Yinchuan, wilayah Ningxia. - AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Satu laporan dikeluarkan oleh Human Rights Watch (HRW) mendakwa kerajaan China memperluaskan tindakan penutupan masjid di beberapa lagi wilayah negara itu selain Xinjiang.

Xinjiang mendapat perhatian dunia rentetan dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik Uighur selama bertahun-tahun di wilayah itu.

Berdasarkan laporan itu, pihak berkuasa menutup masjid di wilayah Ningxia dan Gansu yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang ramai.

Jelas laporan, penutupan itu merupakan sebahagian proses dikenali sebagai `penggabungan’.

Laporan dikeluarkan HRW itu menggunakan dokumen-dokumen awam, imej satelit dan keterangan saksi.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan juga didakwa menyingkirkan elemen seni bina Islamik pada masjid supaya kelihatan lebih menerapkan budaya masyarakat Cina.

Tindakan itu sebahagian kempen Parti Komunis untuk mengetatkan kawalan ke atas agama dan mengurangkan risiko kemungkinan cabaran terhadap pemerintahannya.

Menurut laporan HRW, pihak berkuasa China menghentikan operasi, menutup, merobohkan atau mengubahsuai masjid untuk kegunaan sekular di kawasan luar Xinjiang, sebahagian kempen bertujuan mengekang pengaruh agama.

“Kerajaan China tidak `menggabungkan’ masjid sepertimana didakwanya tetapi sedang menutup banyak tempat suci itu yang dilihat melanggar kebebasan beragama.

“Tindakan menutup, memusnahkan dan megubah suai semula masjid untuk tujuan lain merupakan sebahagian daripada usaha sistematik bagi mengekang amalan Islam di China,” kata pemangku Pengarah HRW China, Maya Wang.

Berdasarkan video dan gambar disiarkan dalam talian serta disokong dengan imej satelit penyelidik, pihak berkuasa menyingkirkan kubah dan menara daripada kesemua tujuh masjid, selain memusnahkan bangunan utama tiga tempat suci itu di kampung Liaoqiao dan Chuankou villages di Ningxia antara tahun 2019 dan 2021.

Malah, rakaman video itu juga memaparkan bahagian dalam ruang wuduk sebuah masjid dirosakkan.

Di wilayah Gansu pula, beberapa pegawai kerajaan tempatan dilihat berusaha melakukan proses `penggabungan’ masjid.

“Pihak berkuasa daerah Guanghe pada tahun 2020 membatalkan pendaftaran 12 masjid, menutup lima masjid dan mengubahsuai lima lagi,” jelas laporan HRW yang merujuk buku tahunan kerajaan. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya