China keluar amaran pencemaran udara kronik, jarak penglihatan kurang 50 meter

China keluar amaran pencemaran udara kronik, jarak penglihatan kurang 50 meter

ORANG ramai berjalan di sekitar jalanan di Beijing. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Pihak berkuasa China mengeluarkan amaran tahap pencemaran tertinggi untuk jerebu dan kabus ketika asap tebal menyelubungi beberapa bandar utama di utara republik itu.

Malah, pihak berkuasa turut memberi amaran kepada orang ramai bahawa jarak penglihatan boleh menurun kepada kurang daripada 50 meter.

Biro meteorologi China dalam satu notis memaklumkan wilayah utara Hebei sudah melancarkan respon kecemasan anti-pencemaran yang menyenaraikan kawalan keselamatan trafik jika perlu termasuk menggantung penerbangan, menangguhkan operasi feri serta menutup sementara lebuh raya.

Pihak berkuasa juga menasihatkan pengguna jalan raya menghentikan kenderaan mereka di kawasan parkir yang selamat apabila diperlukan, serta meminta penduduk untuk kekal berada di dalam rumah.

Beijing memaklumkan pihaknya akan melaksanakan langkah kawalan lalu lintas sekiranya ibu kota itu mengaktifkan amaran tahap pencemaran tertinggi.

Dilaporkan, asap tebal menyelubungi utara negara itu selama beberapa hari manakala suhu musim luruh melonjak ke paras awal musim panas biasa hampir 30 darjah Celsius di beberapa kawasan.

Menurut pakar, aliran udara sejuk yang lemah dari kutub utara dilihat sebagai faktor utama di sebalik cuaca luar biasa itu.

Ketika paras pencemaran udara di kawasan Beijing-Tianjin-Hebei dan bahagian utara wilayah Henan mencapai tahap sederhana hingga teruk, pakar berpandangan peningkatan aktiviti perindustrian dan kebakaran tanaman menyumbang kepada kejadian jerebu.

Media tempatan CCTV melaporkan penggunaan tenaga serantau pada akhir Oktober meningkat sebanyak lima peratus berbanding pada separuh pertama bulan itu.

Penggunaan tenaga itu lebih ketara dalam industri simen, bata dan jubin sehingga memburukkan lagi keadaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya