Bom tangan meletup, pembantu ketua tentera Ukraine terbunuh

Bom tangan meletup, pembantu ketua tentera Ukraine terbunuh

DUA bom tangan serupa turut ditemukan semasa menggeledah pejabat rakan sekerja mangsa. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Seorang pembantu rapat kepada ketua angkatan tentera Ukraine, Valery Zaluzhny maut selepas sebutir bom tangan yang diberikan sebagai hadiah hari jadinya tiba-tiba meletup.

Sebelum kejadian, Mejar Hennadiy Chastyakov, 39, dikatakan membawa pulang hadiah diberikan oleh rakan sekerjanya itu ke rumah dan dibuka bersama anak lelakinya.

Lapor BBC, Chastyakov terbunuh dan anak lelakinya yang berusia 13 tahun pula mengalami cedera parah.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Ihor Klymenko, anak lelaki mangsa dikatakan memutarkan picu bom tangan tersebut sebelum dirampas oleh bapanya.

“Pegawai tentera itu kemudian mengambil bom tangan daripada anaknya dan secara tidak sengaja tertarik picu lalu ia menyebabkan letupan berlaku,” katanya.

Insiden letupan itu disifatkan sebagai `kemalangan tragis’ dan Klymenko meminta orang ramai menunggu hasil siasatan rasmi pihak berkuasa.

Sementara itu, polis memaklumkan letupan yang berlaku di sebuah pangsapuri di Chaiky, pinggir barat Kyiv disebabkan cuai ketika mengendalikan amunisi.

Bagaimanapun, kata polis, lima lagi bom tangan turut ditemukan di pangsapuri mangsa.    

“Dua bom tangan serupa kemudian ditemukan semasa menggeledah pejabat rakan sekerja mangsa,” katanya.

Berita kematian Chastyakov menjejaskan tentera Ukraine selepas serangan peluru berpandu Russia mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 askar terkorban di wilayah selatan Zaporizhzhia. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya