BANGKOK: Bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dikibarkan separuh tiang di semua bangunan agensi itu di Asia kelmarin sebagai penghormatan kepada semua petugas yang terkorban dalam perang Palestin-Israel.
Bendera berawarna biru dan putih itu dikibarkan separuh tiang pada pukul 9.30 pagi waktu tempatan di Bangkok, Tokyo dan Beijing.
Langkah itu diambil sehari selepas badan dunia tersebut melaporkan jumlah kematian di Gaza amat membimbangkan, selain ramai yang cedera.
Selain itu, bendera juga dikibarkan separuh tiang di Kathmandu dan Kabul.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat lalu mengumumkan lebih 100 petugasnya terkorban di Gaza sejak perang tercetus pada 7 Oktober lalu.
Sehingga kini, lebih 11,000 penduduk Gaza terbunuh dengan separuhnya adalah kanak-kanak. – AFP