BELMOPAN: Belize menggantung hubungan diplomatik dengan Israel, sekali gus menjadi negara Amerika Latin kedua yang berbuat demikian berikutan serangan di Gaza.
“Memetik apa yang dipanggil ‘pengeboman tanpa henti’ di Gaza, Belmopan menarik balik sambutannya kepada duta Israel, Einat Kranz-Neiger dan mengumumkan menarik balik permintaan untuk akreditasi konsul kehormatnya di Tel Aviv.
“Sejak 7 Oktober lalu, Israel secara konsisten melanggar undang-undang antarabangsa,” kata negara itu dalam satu kenyataan.
Bolivia memutuskan hubungan dengan Israel pada 1 November lalu, manakala Colombia, Chile dan Honduras memanggil semula duta mereka.
Israel melancarkan pengeboman tanpa henti dan pencerobohan darat ke atas Gaza, membunuh 11,320 orang dengan kebanyakannya orang awam dan kanak-kanak.-AFP