Bekas atlet hampir kahwin dengan wanita menyamar lelaki

Bekas atlet hampir kahwin dengan wanita menyamar lelaki

NAM Hyun Hee memutuskan hubungan dengan Jeon Chung Jo dan mengumumkan perkahwinan mereka sudah dibatalkan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Seorang atlet terkemuka di Korea Selatan mendapati dirinya terlibat di tengah-tengah skandal penipuan yang terus menggegarkan negara Asia.

Isnin lalu, bekas pemain lawan pedang, Nam Hyun-hee, 42, memperkenalkan tunangnya, Jeon Chung-jo kepada orang ramai.

Hyun Hee dikhabarkan menemukan semula cintanya selepas bercerai dengan suaminya, Gong Hyo-suk pada Ogos lalu.

Hyun-hee dan Chung-jo mendedahkan hubungan mereka menerusi sesi temu bual dan fotografi.

Namun, bekas atlet itu dihujani pelbagai dakwaan mengenai bakal suaminya.

Hyun-hee memperkenalkan Chung-jo kepada umum sebagai chaebol muda, terma merujuk kepada keluarga taikun kaya perniagaan, yang sebelum itu pernah bermain sukan equestrian sehingga kecederaan dialaminya memaksanya bersara.

Namun, warganet yang mengenalinya menyatakan Chung-jo merupakan penipu kerana dia adalah wanita yang menyamar sebagai lelaki.

Media sosial dibanjiri dengan komen demikian namun Hyun-hee tetap menafikan dakwaan tersebut dan mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang cuba memburukkan nama bakal suaminya.

Bagaimanapun, sebuah saluran berita melaporkan bahawa Chung-jo sebenarnya merupakan pelajar perempuan dari Korea Horseman High School, dengan menyiarkan beberapa gambarnya.

Beberapa sumber lain pula mendakwa Chung-jo merupakan bekas banduan wanita yang pernah dipenjarakan atas pelbagai tuduhan penipuan dan peras ugut.

Selepas beberapa bukti didedahkan, Hyun-hee akhirnya memutuskan hubungan dengan Chung Jo dan mengumumkan perkahwinan mereka dibatalkan.

Sejak berpisah dengan Chung-jo, bekas atlet itu mengetahui bekas tunangnya pernah menggunakan namanya untuk menipu pelbagai pelabur.

Chung-jo dibebaskan kerana pihak polis tidak menganggapnya berisiko untuk melarikan diri mahupun memusnahkan bukti.

Bagaimanapun, dia dilarang daripada menghampiri, menghubungi dan menghantar mesej kepada Hyun-hee. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya