OGAN ILIR: Seorang bayi yang baru tiga hari dilahirkan dilaporkan maut selepas bidan mengambil sampel darah pada bahagian kakinya di Dusun I Desa belanti di Ogan Ilir, Sumatera Selatan.
Berikutan insiden itu, ibu bapa bayi berkenaan melaporkan kes tersebut kepada polis.
Asia memberitahu, bayinya meninggal dunia selepas menjalani pengambilan darah yang dilakukan seorang bidan.
“Saya melahirkan anak secara normal dan keadaan saya serta bayi adalah baik, sihat.
“Tiga hari kemudian, datang seorang bidan untuk memeriksa saya dan juga bayi sebelum dia mengambil darah pada bahagian tumit kaki anak saya.
“Bidan itu memberitahu, dia mahu ambil sampel darah untuk diperiksa dan dua kali dia ambil darah dari kaki anak saya,” katanya.
Jelas Asiah, selepas diambil sampel darah, bayinya tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga esok apabila anaknya mula demam panas dan dibawa ke pusat kesihatan.
Bayi itu kemudiannya dirujuk ke hospital dan meninggal dunia ketika dirawat.
Insiden itu menyebabkan bidan berkenaan digantung tugas sehingga siasatan selesai.
Dalam pada itu, bidan berkenaan memaklumkan, dia mengambil sampel darah bayi tersebut untuk melakukan ujian Hipotiroid Kongenital dan menyatakan semua bayi baru lahir akan menjalani ujian tersebut.
Sementara itu, Jabatan Kesihatan Ogan Ilir memaklumkan mengenai pemeriksaan doktor terhadap bayi tersebut selepas meninggal dunia.
Ketua Jabatan Kesihatan Ogan Ilir, hendra Kudeta berkata, pemeriksaan awal mendapati cairan dan gumpalan berwarna kuning pada tubuh bayi.
Mereka mendakwa gumpalan itu merupakan cebisan buah pisang yang dipercayai diberi kepada bayi tersebut sehingga membuatnya tercekik dan sesak nafas.