Bapa terpotong telinga anak berang asyik minta duit

Bapa potong telinga anak, berang asyik minta duit

LELAKI yang cedera (kiri) bersalaman dengan bapanya ketika proses mediasi di Balai Polis Daerah Sandubaya di Mataram, Nusa Tenggara Barat.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang bapa dari Kota Mataram bertindak memotong telinga anaknya gara-gara tertekan dengan sikap lelaki itu yang sering meminta duit darinya.

Ketua Polis Daerah Sandubaya, Komisioner Moh Nasrullah berkata, kejadian itu berlaku Sabtu lalu di kampung Cakranegara melibat dua beranak yang berusia 58 dan 33 tahun.

Mangsa yang terkena tetakan parang itu menerima rawatan intensif di Hospital Kota Mataram.

“Si ayah mengakui berang kerana anak kandungnya itu sering menyusahkannya dan meminta wang tetapi tidak tahu untuk apa wang itu digunakan.

“Kerana kecewa, si bapa mula beremosi dan menyerang dengan menghayunkan parang ke arah anaknya itu sehingga terkena telinga kiri mangsa,” katanya dipetik Kompas.com.

Menyedari kesilapannya, bapa mangsa kemudian tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Sandubaya.

Mo Nasrullah berkata, selepas pasukannya menyiasat dan menyoal saksi-saksi, perbincangan diadakan di balai polis dengan kedua-dua beranak itu bersetuju untuk menyelesaikan kes itu secara baik.

“Daripada hasil mediasi, mangsa bersetuju untuk tidak meneruskan proses undang-undang. Bapanya juga menyedari kekilafan yang dilakukan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya