Bangladesh mahu 'hapus pengaruh pembangkang' menjelang PRU

Bangladesh mahu ‘hapus pengaruh pembangkang’ menjelang PRU

PASUKAN polis berkawal selepas ahli Parti Nasionalis Bangladesh (BNP) mengadakan rusuhan bagi mendesak Perdana Menteri Sheikh Hasina meletak jawatan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Pihak berkuasa Bangladesh melancarkan tindakan tegas dan menyeluruh terhadap anggota parti pembangkang bagi ‘menghapuskan persaingan’ menjelang pilihan raya umum (PRU) negara ini kelak.

Operasi itu menyaksikan hampir 10,000 aktivis ditahan, menurut Human Rights Watch (HRW).

Kebanyakan yang ditangkap merupakan ahli Parti Nasionalis Bangladesh (BNP), selain ramai juga yang berdepan pelbagai pendakwaan.

Menurut BNP, hampir separuh daripada lima juta ahlinya berdepan ‘pendakwaan yang bermotifkan politik’.

“Pihak berkuasa menahan semua peringkat dalam BNP, dari pemimpin hinggalah ahli di peringkat bawahan,” kata seorang aktivis kepada HRW.

Susulan penangkapan secara besar-besaran, kebanyakan penjara di seluruh Bangladesh ketika ini mencecah dua kali ganda daripada kapasiti yang sepatutnya.

Bangladesh yang mempunyai kira-kira 170 juta penduduk itu bakal mengadakan pilihan raya umum pada 7 Januari depan dengan Perdana Menteri Sheikh Hasina mengintai peluang untuk terus kekal memegang jawatan tersebut.

“Pihak berkuasa Bangladesh melakukan penahanan beramai-ramai melibatkan ahli parti pembangkang bagi ‘melenyapkan pengaruh dan kuasa mereka’ menjelang pilihan raya kelak.

“Situasi itu tidak seharusnya berlaku bagi sebuah negara yang mengamalkan demokrasi,” jelas HRW.

Agensi hak asasi manusia yang berpangkalan di New York itu juga menyifatkan tindakan pihak berkuasa Bangladesh sebagai ‘keganasan dalam politik’.

Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh akibat rusuhan sejak oktober lalu, termasuk dua anggota polis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya