Bangladesh catat 300,000 kes denggi, lebih 1,500 kematian - Utusan Malaysia

Bangladesh catat 300,000 kes denggi, lebih 1,500 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DHAKA: Bangladesh melaporkan 1,291 kes denggi baharu dan enam lagi kematian semalam.

Perkara itu dimaklumkan Direktorat Perkhidmatan Kesihatan (DGHS).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes denggi meningkat kepada 301,225, manakala angka kematian mencecah 1,549 sejak Januari tahun ini.

Jumlah itu termasuk 201 kematian pada bulan ini.

Menurut angka yang dilaporkan oleh DGHS di bawah Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 19 hari pertama November sebanyak 30,080 kes denggi baharu dicatatkan selepas 67,769 dijangkiti penyakit itu bulan lalu.

Bangladesh mengalami peningkatan tertinggi kes denggi pada September dengan 79,598 jangkitan baharu, manakala 396 kematian dilaporkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya