Australia larang import vape pakai buang tahun depan - Utusan Malaysia

Australia larang import vape pakai buang tahun depan

KERAJAAN Australia bakal melarang import vape pakai buang Januari depan bagi mengurangkan perokok dalam kalangan belia. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Australia akan melarang mengimport vape (rokok elektronik) pakai buang pada Januari tahun depan, menjadi langkah pertama dalam mengurangkan penggunaannya dalam kalangan orang muda di negara ini.

larangan itu akan dilanjutkan sehingga Mac, termasuk untuk semua vape bukan terapeutik dan yang boleh diisi semula.

Selain itu, pengimport vape bagi tujuan perubatan perlu mempunyai permit daripada Jabatan Kawalan Dadah, menurut Menteri Kesihatan Australia, Mark Butler.

Pakej legislatif itu juga akan mengandungi dana tambahan berjumlah A$75 juta (RM232 juta) untuk Pasukan Sempadan Australia dan Pentadbiran Barangan Terapeutik bagi melaksanakan larangan tersebut.

“Kita tidak akan membenarkan import vape pakai buang yang mempunyai pelbagai corak dan bentuk sehingga boleh mengelirukan pelbagai pihak, terutamanya jika pengguna itu adalah remaja sekolah.

“Mereka boleh meletakkan vape di dalam bekas pensil kerana bentuk dan corak rokok itu yang kelihatan seperti permainan atau pen.

“Dan ini bukanlah cara terbaik untuk mengurangkan hisap rokok bagi perokok tegar,” kata Butler.

Berdasarkan data kerajaan setiap seorang daripada lima belia berusia 18 hingga 24 tahun akan menghisap vape.

Bagi memastikan larangan itu tidak mengehadkan akses untuk perokok yang ingin berhenti merokok, doktor dan jururawat akan diberi kuasa pada Januari depan menetapkan vape terapeutik yang sesuai secara klinikal. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya