GAZA: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menerbangkan dron di sekitar ruang udara Gaza sebagai percubaan untuk mengesan semua tebusan yang ditahan Hamas sejak 7 Oktober lalu.
Menurut sumber pegawai kerajaan AS kepada Reuters, operasi mencari menggunakan dron itu sudah dilakukan sejak lebih seminggu lalu.
Kerajaan AS memaklumkan, dianggarkan 10 rakyat AS yang masih belum dipastikan mungkin menjadi antara tebusan Hamas.
Mereka percaya kumpulan pejuang itu menyembunyikan semua tahanan di rangkaian terowong bawah tanah.