AS beri jaminan Russia ‘terima layanan baik’ di APEC

AS beri jaminan Russia ‘terima layanan baik’ di APEC

PASUKAN keselamatan berkawal di pintu masuk Moscone Center sempena APEC 2023 di San Francisco, Amerika Syarikat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAN FRANCISCO: Amerika Syarikat (AS) memaklumkan pihaknya akan ‘memberi layanan yang baik’ kepada Russia sepanjang Sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2023 berlangsung pada minggu ini.

Sebelum ini, AS mengenakan banyak sekatan ekonomi terhadap Russia berikutan perang di Ukraine, selain mempengaruhi banyak negara memulaukan Moscow.

Dalam persidangan tersebut, Russia akan diwakili Timbalan Perdana Menteri, Alexei Overchuk menggantikan Presiden Russia, Vladimir Putin.

“Overchuk akan dilayan seperti ketua delegasi dan beliau akan mempunyai peluang untuk menyertai persidangan ini secara keseluruhan tanpa sebarang pengecualian.

“AS komited untuk menjadi tuan rumah terbaik bagi persidangan Apec kali ini,” kata pegawai Jabatan Negara AS, Matt Murray.

Overchuk sebelum ini dikenakan pelbagai sekatan oleh Barat, termasuk daripada Kesatuan Eropah (EU), tetapi tidak secara khusus berada di bawah sekatan AS.

Namun, Murray memaklumkan, penglibatan Russia dalam APEC kali ini perlu mengikut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa negara ini.

Hal itu menunjukkan Overchuk ‘tidak akan berada pada tahap yang sama’ dalam protokol diplomatik sebagai ketu anegara dan kerajaan yang menghadiri APEC.

Selain Russia, seteru AS yang lain, iaitu China turut menghadiri persidangan tersebut dengan diwakili oleh Presidennya, Xi Jinping.

AS sebelum ini menzahirkan komitmen untuk menstabilkan hubungan dengan China menerusi pelbagai perjanjian yang terhad.

Namun, AS menolak kebanyakan hubungan dengan Russia sejak Putin mengingkari amaran AS dan melancarkan perang secara besar-besaran di Ukraine pada Februari 2022.

Putin turut dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Jabatan Negara AS pada bulan lalu secara terbuka menjelaskan mereka tidak mengalu-alukan kehadiran Putin di San Francisco. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya