Apa nasib Dr. Mohammad Abu Salmiya? - Utusan Malaysia

Apa nasib Dr. Mohammad Abu Salmiya?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menzahirkan kebimbangan mengenai nasib Pengarah Hospital al-Shifa yang ditahan tentera Israel selepas mendakwa beliau berkomplot dengan Hamas.

Zionis sebelum ini menuduh premis kesihatan itu dijadikan tempat persembunyian Hamas menerusi terowong bawah tanah yang dibina di bawah struktur hospital berkenaan.

Menerusi kenyataan, WHO memberitahu, Dr. Mohammad Abu Salmiya ditahan tentera Zionis sejak Rabu lalu bersama lima petugas kesihatan ketika memindahkan pesakit.

“Tiga daripada dari Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan tiga lagi dari Kementerian Kesihatan Gaza.

“Kami dimaklumkan, dua daripadanya sudah dibebaskan, namun kami tidak mempunyai maklumat tentang empat lagi petugas yang ditahan, termasuk Dr. Mohammad Abu,” menurut kenyataan itu.

WHO menggesa supaya kebajikan dan hak kesemua petugas kesihatan yang ditahan Zionis tidak diabaikan.

Mohammad Abu sering dipetik media antarabangsa mengenai keadaan di dalam al-Shifa.

Dalam pada itu, WHO memaklumkan pihaknya sudah tiga kali mengunjungi al-Shifa sehingga berjaya memindahkan 31 bayi daripada hospital berkenaan sebelum ini.

Semasa kunjungan ketiga pada Rabu lalu, seramai 151 orang dipindahkan, termasuk pesakit, keluarga mereka dan petugas kesihatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya