Anjing liar di Russia hidap obesiti 

Anjing liar di Russia hidap obesiti 

KRUGETS mengalami masalah obesiti yang teruk hingga tidak boleh berjalan.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seekor anjing liar di bandar Nizhny Novgorod di Russia mengejutkan ramai kerana berat badannya yang obes sehingga tidak lagi boleh berdiri seperti biasa.

Jarang sekali melihat anjing liar boleh mencapai berat sehingga 100 kilogram (kg) tetapi tidak bagi Krugets yang kini sudah menjadi sangat gemuk dan menghidapi pelbagai masalah kesihatan.

Krugets ditemui oleh seorang sukarelawan baru-baru ini yang terkejut melihat keadaannya selepas mendengar anjing itu menyalak kesakitan setiap malam dan hampir tidak dapat bangun kerana mengalami masalah sakit sendi.

“Krugets mempunyai berat 99.9 kilogram dan tiada siapa yang dapat memahami bagaimana seekor anjing liar boleh menjadi begitu gemuk. Kemungkinan kerana  haiwan ini berkeliaran di pasar yang sibuk di mana orang sering membuang sisa makanan.

“Pada masa ini, Krugets sudah diperiksa oleh pakar pemakanan. Ujian imbasan sinar X juga perlu dilakukan tetapi anjing ini mesti kehilangan sekurang-kurangnya 50 kg supaya sinar X yang dibuat dapat menembusi sendi,” kata salah seorang sukarelawan yang menjaganya.

Anjing berusia lima tahun itu memerlukan ubat penahan sakit setiap hari dan hanya boleh diletakkan di atas kereta sorong kerana tiada sangkar besar di pusat veterinar yang boleh memuatkan saiz tubuhnya yang besar.

Namun Krugets sangat manja dan ramai pencinta haiwan dilaporkan menderma untuk menyokong usaha sukarelawan membantu menyembuhkan penyakit serta menurunkan berat badannya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya