Angkasawan lelaki terdedah dengan masalah seksual

Angkasawan lelaki terdedah dengan masalah seksual

PENYELIDIK dalam kajian itu mengenal pasti `risiko kesihatan baharu yang perlu dipertimbangkan dengan penerokaan angkasa lepas'. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu kajian mendedahkan angkasawan lelaki yang pulang dari angkasa lepas berkemungkinan terdedah kepada masalah seksual.

Lapor The Guardian, ia didakwa merupakan kajian pertama seumpamanya yang menilai kesan sinaran galaksi terhadap kesihatan seksual lelaki.

Pasukan penyelidik dibiayai oleh Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) mendapati sinar kosmik galaksi dan mikrograviti pada tahap lebih rendah boleh menjejaskan fungsi tisu erektil dengan mempunyai kesan berkekalan selama beberapa dekad.

Penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) itu menerusi satu laporan mengakui mengenal pasti `risiko kesihatan baharu yang perlu dipertimbangkan dengan penerokaan angkasa lepas’.

Oleh itu, para penyelidik menggesa supaya kesihatan seksual angkasawan dipantau secara teliti setelah golongan itu kembali dari misi angkasa lepas pada masa hadapan.

Malah, saintis juga mengambil maklum bahawa antioksidan tertentu boleh membantu mengatasi kesan buruk dengan menyekat proses biologi yang berbahaya.

“Walaupun kesan negatif sinaran kosmik galaksi adalah berpanjangan namun penambahbaikan fungsi didorong dengan menyasarkan laluan redoks dan nitrik oksida dalam tisu secara akut, mencadangkan disfungsi erektil mungkin boleh dirawat,” kata pengarang kanan kajian dari Florida State University, Dr. Justin La Favor.

Amaran itu dibuat ketika tumpuan baharu terhadap misi angkasa lepas ketika NASA dan agensi angkasa lepas utama lain bersiap sedia untuk melancarkan ekspedisi ke bulan dan pengembaraan ke Marikh.

Namun, menurut La Favor dan rakan penyelidiknya dari Sekolah Perubatan Universiti Wake Forest di North Carolina, kesan penerbangan angkasa lepas ke atas disfungsi erektil masih belum diterokai.

“Meskipun disfungsi erektil menjejaskan lebih separuh lelaki berumur 40 tahun ke atas, kesan perjalanan angkasa lepas pada fungsi ereksi masih tidak jelas,” jelas mereka dalam jurnal Faseb.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya