Aisberg terbesar dunia bergerak selepas 37 tahun

Aisberg terbesar dunia bergerak selepas 37 tahun

AISBERG A23a dilihat bergerak di laut berhampiran Antartika.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Saintis mengesahkan aisberg terbesar di dunia kira-kira tiga kali ganda saiz bandar New York  mula bergerak selepas terperangkap di dasar laut selama hampir 37 tahun.

Menurut Kajian Antartika Britain, imej satelit terkini menunjukkan aisberg dipanggil A23a kini bergerak melepasi hujung utara Semenanjung Antartika menuju ke Lautan Selatan.

Lapor BBC, gunung ais yang berukuran hampir 4,000 kilometer persegi itu terpisah dari pantai Antartika pada tahun 1986 tetapi kemudian bertapak lama di Laut Weddell.

Tinjauan Antartika Britain pada Jumaat lalu menyiarkan selang masa imej satelit pergerakan aisberg tersebut.

Sebelum terpisah pada tahun 1986, gunung ais yang besar itu menjadi lokasi stesen penyelidikan Soviet namun tidak jelas bagaimana ia tiba-tiba bergerak semula selepas 37 tahun.

“Saya bertanya kepada beberapa rakan sekerja tentang perkara ini, sama ada terdapat sebarang kemungkinan perubahan dalam suhu rak air yang mungkin mencetuskan pergerakannya.

“Aisberg ini sudah wujud lebih tiga dekad lalu dan kami menjangkakan saiznya sudah berkurangan untuk kehilangan cengkaman dan mula bergerak,” kata Pakar Penderiaan Kajian Antartika Britain, Dr. Andrew Fleming.

Memandangkan ia semakin laju, gunung besar ais itu mungkin akan hanyut ke dalam Arus Circumpolar Antartika.

Pergerakan A23a berlaku kira-kira 10 bulan selepas Rak Ais Brunt Antartika sebesar dua kali ganda bandar New York terpisah dan terapung di perairan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya