Lapisan ais mencair, dunia berdepan bencana ‘dahsyat’

Ais mencair, dunia berdepan bencana ‘dahsyat’

LAPISAN ais di Antartika dilaporkan mencair dalam kadar ‘terlalu cepat’ daripada yang dijangka. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk global bakal berdepan bencana ‘dahsyat’ akibat daripada lapisan ais yang mencair di seluruh dunia.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, pemanasan global dan pelbagai faktor persekitaran menyebabkan lapisan ais mencair pada kadar yang ‘terlalu cepat’.

Guterres dijangka membawa isu berkenaan dalam Sidang Kemuncak Iklim PBB (COP28) yang akan diadakan di Dubai, pada minggu depan.

“Apa yang berlaku di Antartika tidak akan kekal di sana dan apa yang berlaku beribu batu jauhnya mempunyai kesan langsung di Antartika.

‘Kita hidup dalam dunia yang saling berkaitan dan pencemaran bahan api fosil menyebabkan planet kita panas, sekali gus menjejaskan iklim di Antartika,” katanya.

Guterres akan berucap di COP28 di Dubai minggu depan, menyaksikan beliau bakal ‘menyeru tindakan yang sepadan dengan skala krisis yang dihadapi dunia’.

Pemimpin dunia juga dijangka hadir ke persidangan tahunan itu dengan tujuan mengekalkan sasaran perjanjian Paris, yang meletakkan kadar pemanasan global pada had 1.5 darjah Celsius.

Dunia kini berada di landasan untuk kepanasan ekstrem apabila suhu bumi dijangka meningkat pada kadar tiga darjah Celsius menjelang akhir abad ini.

Amaran itu dibuat ketika pakar pemantau iklim Copernicus Eropah memaklumkan bumi baru-baru ini melepasi purata suhu yang membimbangkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya