Agensi PBB desak gencatan senjata segera di Gaza

Agensi PBB desak gencatan senjata segera di Gaza 

KERETA kebal tentera Israel ditempatkan di sebuah kawasan di utara Semenanjung Gaza ketika pertempuran antara Israel dan Hamas berterusan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Kira-kira 18 ketua agensi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan kenyataan bagi menyuarakan kemarahan terhadap bilangan penduduk terkorban di Gaza akibat serangan berterusan Israel.

Dalam satu kenyataan bersama, kesemua ketua agensi PBB itu menggesa supaya gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan segera di Gaza.

“Hampir sebulan, dunia memerhati situasi berlaku di wilayah Palestin diduduki dan Israel, serta terkejut dengan jumlah nyawa terkorban pada kadar yang sangat mengerikan,” jelas kenyataan itu.

Ketua 18 agensi termasuk Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Program Makanan Sedunia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyifatkan jumlah korban yang mengerikan di kedua-dua pihak sejak konflik antara Hamas dan Israel bermula pada 7 Oktober lalu.

Israel bertindak balas dengan melancarkan serangan udara dan artileri tanpa henti yang mengorbankan sekurang-kurangnya 9,770 orang di Gaza. 

Sementara itu, kenyataan PBB itu menegaskan lebih 23,000 orang yang cedera memerlukan rawatan segera di hospital lapangan.

Malah, ketua agensi PBB menyuarakan kekecewaan terhadap pembunuhan lebih ramai orang awam di Gaza dan kira-kira 2.2 juta rakyat Palestin disekat akses untuk mendapatkan bekalan makanan, air, ubat-ubatan, elektrik dan bahan api.

“Seluruh penduduk dikepung dan diserang dengan mereka dinafikan akses kepada keperluan untuk hidup.

“Rumah, pusat perlindungan, hospital dan tempat ibadat turut dibom. Tindakan ini tidak boleh diterima sama sekali,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, kenyataan PBB juga memaklumkan lebih 100 serangan menyasarkan pusat penjagaan kesihatan direkodkan.

Jelas kenyataan, sejumlah pekerja bantuan PBB terbunuh dalam konflik Israel-Hamas sejak 7 Oktober lalu.

Antara pekerja bantuan yang terkorban terdiri daripada 88 anggota Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA). 

Kenyataan bersama agensi PBB turut menggesa Hamas supaya membebaskan lebih 240 tebusan yang diculik dalam serangannya, serta menggesa kedua-dua pihak menghormati tanggungjawab di bawah undang-undang antarabangsa ketika konflik masih berterusan.

Pemimpin PBB menegaskan lebih banyak makanan, air, ubat-ubatan dan bahan api harus dibenarkan dibawa masuk ke Gaza untuk membantu penduduk ketika Israel menyerang dengan matlamat ‘memusnahkan Hamas’

“Gencatan senjata kemanusiaan perlu dilaksanakan segera. Sudah 30 hari. Cukup-cukuplah. Konflik ini harus dihentikan,” jelas kenyataan itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya