52 sekeluarga syahid kena bom udara Zionis di Jabalia

52 sekeluarga syahid kena bom udara Zionis di Jabalia

SEORANG penduduk membawa tilam dan berjalan melalui runtuhan bangunan di kem pelarian Jabalia selepas dibedil tentera Zionis di Gaza, Palestin. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Lebih 50 orang daripada satu keluarga terbunuh di kem pelarian Jabalia ketika tentera Israel terus melancarkan serangan udara di Semenanjung Gaza, beberapa jam selepas persetujuan gencatan senjata dicapai.

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki yang dalam kunjungan ke London memaklumkan, seramai 52 ahli keluarga Qadoura terbunuh dalam serangan itu di Jabalia yang terletak di utara Gaza.

“Pagi semalam, saya dimaklumkan kesemua 52 keluarga Qadoura terbunuh, dari datuk hingga ke cucu, semuanya terkorban.

“Saya mempunyai senarai nama 52 mangsa itu dan insiden itu amat menyedihkan,” katanya.

Situasi serupa di selatan Gaza apabila tentera Zionis terus menggempur banyak kawasan.

“Israel kata pindah ke selatan Gaza untuk lebih selamat, namun keadaan di sini (selatan) sama sahaja seperti di utara.

“Tiada tempat selamat di Gaza,” ujar koresponden Al Jazeera, tareq Abu Azzoum.

Dalam pada itu, di Khan Yunis, lebih 100 mayat penduduk Palestin yang sebelum ini diletakkan di Hospital al-Shifa dikebumikan dalam sebuah kubur besar.

Selain itu, banyak pihak menzahirkan kebimbangan apabila Israel semakin agresif menyerang infrastruktur awam termasuk sekolah dan kem pelarian.

Kumpulan bantuan kemanusiaan pula menyatakan akses ke utara Gaza ketika ini amat sukar dan keadaan di sana tertalu teruk.

Kebanyakan hospital di utara Gaza juga sudah tidak mampu beroperasi sepenuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya