400,000 mati akibat udara kotor di benua Eropah - Utusan Malaysia

400,000 mati akibat udara kotor di benua Eropah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Laporan oleh Kesatuan Eropah (EU) mendedahkan, hampir 400,000 kematian di benua itu pada 2021 dikesan berkait dengan pencemaran udara.

Tiga bahan pencemar udara utama dikenal pasti sebagai punca utama, dengan sesetengahnya boleh dielakkan jika bahannya dikurangkan ke tahap yang disyorkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Agensi Alam Sekitar Eropah (EEA) dalam EU, berkata pencemaran yang disebabkan oleh zarah halus (PM2.5) itu memberi kesan kepada orang bermasalah penyakit jantung, yang mengakibatkan 253,000 kematian pada 2021.

Pencemaran daripada nitrogen dioksida (NO2), paling berbahaya kepada penghidap diabetes, mengakibatkan 52,000 kematian dan pendedahan ozon (O3) jangka pendek membawa kepada 22,000 kematian.

EEA dalam laporan 2021 yang dikeluarkan semalam turut mendedahkan, terdapat 389,000 kematian berkaitan pencemaran di Eropah.

“Kepekatan pencemar udara pada 2021 kekal jauh melebihi paras yang disyorkan oleh WHO dalam garis panduan kualiti udaranya.

“Mengurangkan pencemaran udara ke tahap garis panduan ini akan menghalang sejumlah besar kematian yang boleh berkaitan di negara-anggota EU,” kata EEA dalam laporan itu.

Jumlah kematian tertinggi akibat PM2.5 pada 2021 berlaku di Poland, Itali dan Jerman, manakala negara di utara Eropah seperti Iceland, Scandinavia dan Estonia pula mengalami kesan paling rendah.

Menurut laporan itu, pendedahan NO2 dan O3 jangka pendek turut mempunyai kesan terbesar terhadap kematian di Turkiye, Itali dan Jerman. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya