40 pelombong terperangkap 24 jam dalam terowong runtuh selamat - Utusan Malaysia

40 pelombong terperangkap 24 jam dalam terowong runtuh selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DEHRADUN: Petugas keselamatan utara India berjaya menghubungi 40 pekerja yang terperangkap selama lebih 24 jam selepas terowong jalan yang mereka bina runtuh di negeri Uttarakhand, Himalaya.

Komander kanan dalam Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan, Karamveer Singh Bhandari, memberitahu AFP Semua 40 pekerja yang terperangkap di dalam terowong itu selamat.

“Kami menghantar air dan makanan kepada mereka,” katanya.

Runtuhan yang berlaku awal pagi semalam, memaksa pasukan penyelamat menggunakan jengkaut berat untuk membersihkan timbunan.

Bekalan Oksigen turut dipam ke bahagian terowong yang tersumbat, dengan makanan dihantar melalui paip air.

Hubungan awal dibuat melalui nota pada sekeping kertas, kemudian petugas penyelamat berjaya menghubungi mereka menggunakan telefon bimbit radio.

“Beberapa paket makanan kecil dihantar masuk melalui paip yang digunakan untuk saluran oksigen,” kata pegawai penyelamat, Durgesh Rathodi kepada AFP dari tapak terbabit.

Rathodi berkata, jengkaut telah mengalihkan serpihan berat kira-kira 20 meter (65 kaki), tetapi kumpulan lelaki itu berada 40 meter melepasi titik itu.

“Disebabkan lebihan serpihan dalam terowong, kami menghadapi sedikit kesukaran dalam menyelamat,” tambah Bhandari.

Sementara itu, Ketua Menteri Uttarakhand, Pushkar Singh Dhami, yang hari ini terbang ke lokasi kemalangan, berkata kerja-kerja untuk mengalihkan bertan-tan serpihan konkrit yang runtuh itu dibuat secara berterusan untuk membawa semua mangsa keluar dengan selama.

“Hubungan telah dibuat dengan pekerja yang terperangkap dalam terowong melalui walkie-talkie.

“Usaha sedang dibuat untuk membawa mereka keluar dengan selamat tidak lama lagi,” katanya menerusi platform media sosial X.

Pegawai respons bencana, Devendra Patwal, berkata ketika terperangkap, mereka mempunyai ruang di kawasan terowong di mana mereka berada.

“Berita baik ialah buruh tidak bersesak-sesak, dan mempunyai kawasan sekitar 400 meter untuk berjalan dan bernafas,” kata Patwal kepada akhbar Indian Express.

Terowong sepanjang 4.5 kilometer (2.7 batu) sedang dibina antara Silkyara dan Dandalgaon untuk menghubungkan dua tempat suci Hindu yang paling suci iaitu Uttarkashi dan Yamunotri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya