GAZA: Serama 30 tahanan Palestin dilepaskan dalam pertukaran kelima perjanjian gencatan senjata di wilayah itu.
Lapor Al Jazeera, pertukaran dibuat selepas 12 tebusan termasuk 10 warga Israel, dibebaskan dari Gaza oleh Hamas.
Penduduk Palestin yang tinggal di Gaza mengharapkan lanjutan gencatan senjata di tengah-tengah kemusnahan dan kekurangan bekalan di seluruh kawasan yang dibom.
Bulan Sabit Merah Palestin berkata, tentera Israel bertindak menahan seorang mangsa yang cedera dalam satu daripada ambulansnya di pintu masuk sebuah hospital di Jenin di Tebing Barat yang diduduki.
Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) memaklumkan sudah mengangkut lebih 24,494 kilogram bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.
Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Perancis, Nicolas de Riviere berkata, gencatan senjata tidak mencukupi untuk menangani keperluan kemanusiaan di Gaza dan menambah bahawa perlindungan orang awam harus diutamakan.-AGENSI