GAZA CITY: Kira-kira 200,000 penduduk Palestin sudah meninggalkan utara Semenanjung Gaza sejak 5 November lalu.
Data itu didedahkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) menerusi laporan situasi dikeluarkan, semalam.
Lapor CNN, menurut pemantauan OCHA, dianggarkan 200,000 penduduk lagi sudah berpindah melalui `koridor kemanusiaan’ yang dibuka oleh tentera Israel.
Tentera Israel mengendalikan beberapa siri koridor kemanusiaan yang dikatakan membolehkan penduduk di utara Gaza melakukan perjalanan ke selatan dengan selamat.
OCHA turut menekankan bahawa penduduk yang berpindah ke selatan ketika ini bergelut dengan `kesesakan serta akses terhad kepada pusat perlindungan, makanan dan air’.
Situasi berkenaan mencetuskan kebimbangan yang semakin meningkat.
Tambah OCHA, ratusan ribu penduduk lagi sama ada tidak mahu atau tidak dapat melakukan perjalanan ke selatan, masih kekal berada di utara Gaza.