200 pesakit dibawa keluar dari Hospital Indonesia di Gaza

200 pesakit dibawa keluar dari Hospital Indonesia di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Kementerian Kesihatan mengesahkan kira-kira 200 pesakit berjaya dipindahkan dari Hospital Indonesia di utara Gaza.

Lapor BBC, menurut jurucakap kementerian, kebanyakan ramai pesakit dibawa menaiki bas ke Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.

Jelasnya, ketika ini, Palang Merah sedang membantu memindahkan baki 400 lagi pesakit yang berada di hospital itu.

Terdahulu, pengarah hospital mendakwa bunyi tembakan masih kedengaran di premis kemudahan itu.

BBC melaporkan kereta kebal tentera Israel bergerak sekitar kawasan Hospital Indonesia selepas 12 orang terbunuh dalam serangan udara rejim zionis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya