14 maut dua rumah terbakar di Chile - Utusan Malaysia

14 maut dua rumah terbakar di Chile

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO: Sekurang-kurangnya 14 orang maut, termasuk enam kanak-kanak, dalam kebakaran yang melibatkan dua buah rumah di kawasan perumahan Los Pirquenes di Chile, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik Datuk Bandar Pelabuhan Coronel, Boris Chamorro pada Isnin.

Laman sesawang berita Chile, Cooperativa berkata mangsa dipercayai daripada tiga keluarga. Kebakaran dipercayai berpunca daripada api dapur.

Kebakaran sedemikian sering berlaku di kawasan penempatan yang dibina secara haram di Chile.

Pada awal 2022, sekurang-kurangnya 100 rumah musnah dalam kebakaran besar di utara negara itu, menyebabkan lebih 400 orang hilang tempat tinggal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya