11,240 rakyat Palestin terbunuh di Gaza

11,240 rakyat Palestin terbunuh di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Angka kematian akibat serangan berterusan tentera Israel di Gaza kini mencecah 11,240 orang.

Perkara itu dimaklumkan oleh kerajaan Hamas di Gaza dalam satu kenyataan.

Jumlah kematian itu direkodkan selepas lima minggu pertempuran antara tentera Israel dan kumpulan pejuang Hamas.

Menurut kenyataan, sekurang-kurangnya 4,630 kanak-kanak dan 3,130 wanita antara mangsa terbunuh.

Jelas kenyataan, sekurang-kurangnya 29,000 penduduk Palestin mengalami kecederaan dalam konflik tersebut.

Sementara itu, kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan terdapat puluhan mayat bergelimpangan di sekitar jalanan di utara Gaza, lokasi pertempuran paling sengit berlaku.

Jelasnya, ambulans turut menjadi sasaran serangan tentera Israel ketika cuba mengambil mayat berkenaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya