BANGKOK: Seramai 20 warga Thailand masih ditahan oleh Hamas selepas kumpulan pejuang itu membebaskan 10 tebusan rakyat negara ini.
Menurut Kementerian Luar Thailand, 10 tebusan itu dibebaskan dari Gaza dan dijangka dibawa pulang ke tanah air selepas menerima rawatan selama 48 jam di hospital.
Antara 10 tebusan Thailand yang dibebaskan itu termasuk seorang wanita, berdasarkan gambar yang disiarkan kementerian kelihatan mereka memakai jaket berwarna hijau.
Laporan terdahulu memaklumkan seramai 12 tebusan Thailand dibebaskan sebelum disahkan hanya 10 yang dibebaskan.
Sementara itu, kementerian Thailand mengucapkan terima kasih kepada Qatar, Mesir, Iran dan Malaysia atas usaha mereka membebaskan tebusan yang ditahan. – REUTERS