1.7 juta penduduk Somalia terjejas akibat banjir besar - Utusan Malaysia

1.7 juta penduduk Somalia terjejas akibat banjir besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK : Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata hujan lebat dan banjir besar sejak awal Oktober memberi kesan kepada 1.7 juta orang di Somalia termasuk 500,000 mangsa pada minggu lalu sahaja.

Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata banjir dalam tempoh enam minggu lepas mengorbankan sekurang-kurangnya 41 orang, termasuk 12 kanak-kanak, dan menyebabkan lebih 640,000 orang kehilangan tempat tinggal.

Pejabat itu berkata jalan raya, jambatan dan landasan udara rosak di banyak bahagian di seluruh negara, menghalang pergerakan orang ramai dan penghantaran bekalan serta meningkatkan harga komoditi asas.

Laporan kes disyaki cirit birit berair akut dan taun semakin meningkat dan dijangka terus meningkat.

“Rakan kongsi bantuan kemanusiaan, pihak berkuasa dan masyarakat tempatan telah meningkatkan bantuan kepada orang yang terjejas.

“Lebih 740,000 orang telah menerima bantuan menyelamatkan nyawa sejak Oktober,” kata OCHA.

Pejabat itu berkata, walaupun keperluan meningkat, PBB menghadapi masalah aliran wang tunai untuk menghantar bantuan.

Dengan hanya tinggal enam minggu pada tahun ini, pelan tindak balas kemanusiaan PBB untuk Somalia bagi 2023 hanya 40 peratus sudah dibiayai.

Hujan tahunan yang melanda Somalia dilaporkan sebagai yang terburuk dalam beberapa dekad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN