MANGGARAI BARAT: Seorang suri rumah cedera digigit komodo di Pulau Rinca, Manggarai Barat, Nusa Tenggara Timur (NTT) semalam.
Wanita Itu digigit haiwan berkenaan ketika menjemur ikan di depan rumahnya.
Perkara itu disahkan oleh jurucakap polis, Ivans Drajat.
“Mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini stabil,” katanya.
Wanita itu dikenali sebagai Ratna, 46, yang tinggal bersama keluarganya di Pulau Rinca.
Suami mangsa menyatakan komodo yang menggigit isterinya itu dianggarkan berukuran sekitar dua meter dan tinggi 80 sentimeter.
Jelas suaminya, isterinya merupakan mangsa kedua yang digigit komodi dalam tahun ini.
“Komodo itu datang dari arah belakang rumah selepas mengejar seekor kambing, namun tidak dapat.
“Susulan itu, komodo tersebut datang ke arah isteri saya dan menggigit tangannya,” katanya.