Wang simpanan RM240,000 lesap kerana itik Peking

Wang simpanan RM240,000 lesap kerana itik Peking

TANGKAP layar promosi iklan itik panggang yang dilihat mangsa dalam Facebook. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Seorang lelaki warga emas di republik ini kehilangan wang simpanan sebanyak SGD$70,000 (RM240,574) selepas memuat turun aplikasi pihak ketiga untuk memesan hidangan itik panggang secara dalam talian.

Lapor goodymy.com, mangsa dikenali sebagai Loh, 74, memaklumkan dia pada mulanya diminta membuat bayaran deposit sebanyak SGD$5 (RM17.18) sebelum menyedari wang dalam akaun simpanannya hilang tanpa jejak.

Loh mengesyaki scammer menggodam akaun banknya dengan menggunakan Kit Pakej Android (APK).

“Saya terjumpa iklan penjual itik panggang bernama Xiao Xiao Ya Zi di Facebook yang mempromosikan hidangan makanan Cina.

“Dia menawarkan hidangan itik Peking 1.5 kilogram (kg) pada harga SGD$23.80 (RM81.79),” katanya.

Jelas Loh, ketika menghubungi penjual menerusi aplikasi WhatsApp, dia diarah memuat turun aplikasi pihak ketiga dikenali sebagai Grab & Go pada telefon bimbitnya.

Menurutnya, sejurus selepas membuat transaksi, telefon bimbitnya mula mengalami gangguan dan tidak dapat diakses.

“Wang itu merupakan simpanan hasil titik peluh saya selama 10 tahun.

“Saya sangka saya berhati-hati dan tidak mudah tertipu,” katanya.

Dia turut menyalahkan dirinya sendiri kerana terpedaya dengan tawaran harga murah itik panggang yang menjadi makanan kegemaran cucunya.

Dilaporkan, polis menerima aduan mangsa dan sudah memulakan siasatan kes itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya