UNSC sekali lagi bersidang cari resolusi konflik Palestin-Israel - Utusan Malaysia

UNSC sekali lagi bersidang cari resolusi konflik Palestin-Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sekali lagi mengadakan mesyuarat tergempar pada Isnin bagi membincangkan konflik terkini ketika pengeboman berterusan tentera penceroboh Israel ke atas Gaza.

Pada sesi berkenaan, Pesuruhjaya Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini berkata hampir 70 peratus mereka yang terkorban di Gaza terdiri kanak-kanak dan wanita.

Hampir 3,200 kanak-kanak maut di Gaza dalam tempoh tiga minggu ini melebihi jumlah kanak-kanak yang terbunuh setiap tahun di seluruh zon konflik di dunia sejak 2019, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Lazzarini berkata konflik terbabit turut meragut 64 nyawa petugasnya sejak 7 Oktober.

Beliau berkata selain Gaza, satu lagi konflik sedang berlaku di Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur dan kematian rakyat Palestin tahun ini adalah yang tertinggi sejak PBB mula menyimpan rekod bermula 2005.

Lazzarini berkata situasi kemanusiaan yang meruncing di Semenanjung Gaza, dengan bekalan ubat-ubatan, makanan, air dan bahan api semakin kehabisan, mendorong ribuan penduduk berpusu-pusu ke gudang bantuan dan pusat pengedaran UNRWA.

“Jika situasi bertambah meruncing mungkin mustahil bagi agensi PBB yang terbesar di Gaza itu mampu untuk terus beroperasi, apatah lagi untuk membawa masuk konvoi,” katanya.

Tahap kemusnahan dan krisis kemanusiaan di Gaza disifatkan belum pernah berlaku sebelum ini.

Walaupun separuh penduduk Gaza telah diarah berpindah ke selatan oleh tentera penceroboh Israel, sejumlah besar daripadanya terbunuh ketika mencari perlindungan.

“Berulang kali saya katakan dan saya akan ulang sekali lagi, tiada tempat yang selamat di Gaza,” kata Lazzarini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya