Ukraine tembak jatuh 29 dron, peluru berpandu Russia

Ukraine tembak jatuh 29 dron, peluru berpandu Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine mendakwa pasukan tenteranya berjaya memusnahkan puluhan dron buatan Iran dan peluru berpandu yang dilancarkan Russia dari semenanjung Crimea.

Kyiv memberi amaran Moscow mula melancarkan serangan udara menyasarkan infrastruktur tenaga Ukraine yang mana pernah mengakibatkan jutaan penduduk terjejas tanpa bekalan air untuk tempoh lama.

“Pada malam semalam, tentera Russia menyerang Ukraine dengan melancarkan 31 dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV) Shaheed serta sebuah peluru berpandu jelajah Iskander-K,” kata tentera Ukraine.

Jelas tentera Ukraine, pasukannya berjaya memusnahkan peluru berpandu dan 29 dron dalam serangan tersebut.

Sementara itu, tentera Ukraine menerusi kenyataan memaklumkan kesemua dron dan peluru berpandu terbabit ditembak jatuh di selatan Mykolaiv dan wilayah tengah Dnipropetrovsk.

Baru-baru ini, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky menggesa Kesatuan Eropah (EU) meluaskan sekatan ke atas Russia dan Iran kerana membekalkan dron serangan untuk tentera Moscow. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya